LOYAL CUSTOMER

Monday, December 20, 2010

REUNION SAB (2)

mula-mula, kalau korang baca post aku yang lepas2 tu, patutnya reunion ni buat lama giler dah..
tapi terpaksa cancel sebab ramai belum cuti, tgh exm, busy dan yang sewaktu dgnnya. hehe
lastly, dah postpone, set balik tarikh still tak ramai jugak yang datang, especially budak2 yang aku nak sangat jumpa.. tapi takpelah, takde rezeki kan.
lagi 5-6 tahun kalau ada buat reunion lagi, mesti masing2 dah bawak anak. gyahahahahahaha~~

semalam, planning nya pukul 2.00-2.30 gitu patut semua dah berkumpul kat tanjung.
first group yang sampai, Majidah, Atiqa dgn Yasmin.
agak r, cepat gak dowang sampai, pukul 2.30.
aku pulak datang pukul 3 dgn Zainab, Miza and Sopi.
sampai2 je, Majidah bising tanya mana Jannah.

"peh, reput seh aku tunggu Jannah, dah lah aku tgh lapo ni."

dipendek-pendekkan cerita, sementara tunggu Jannah sampai tu kitorang lepakla kat tepi laut depan dataran. nak usha abg pilot hensem ada sorang je, kang gaduh lak. :DD
adalah jugak tangkap gambar sikit2. perempuan memang pantang nampak kamera kan, red alert gitu! :P


owhh masa first time nampak Sopi, yes dia sangat sangat lain. makin cantik kan?
yang mana? itu yang baju pink tu.. :)
yang lain maintain jek muka, majidah [sunglasses], zainab [tudung putih], miza [tudung hitam] and yasmin [selendang hijau].
opkoz lah ratu kebaya kita yang makin cantik kan, tengok tu, vogue gitu. hahahahaha!

planningnya lagi, Jannah konon nak beli pizza then kitorang picnic ramai2 kat tanjung tapi disebabkan just 14 orang je ada, so semua pergi makan kat Pizza Hut.

pada pukul 4, semua dah berkumpul dekat Pizza, dan kami sangat sangat sangatlah bising! haha
aku suka giler time tu, almaklumlah lama tak jumpa kan banyak sangat nak story-mory. Jannah pulak sampai sana je busy kumpul duit, and thanx dekat Shu and Majidah yang baik hati lagi comel, [ecececececehh] dowg tolong cover duit yang short. :)

tekun semua nak makan! pukul 4 lebih kot baru dapat makan, ada yang bertolak dari rumah tak lunch pun, nak2 si Majidah tu.
peh dia lagi best, boleh pulak dia kata,

"alaaa, kata nak jumpa 2.30, aku bangunla pukul 2 mandi semua. makan pun tak sempat"

lu rockk la majidah!! hahahahaa :DD

kat sini, memang aku ketawa banyak sangat dekat budak2 ni. bercerita dengan Jannah, Kema, Atiqa, Majidah... dgn perangai masing2 yang pelik2. HAHA
paling best bila Majidah kot yang tanya Jannah,

Majidah: Jannah, ko kat U mana, course apa?
Jannah: owhh aku kat UPSI, jadik cikgu budak sekolah.

pastu memang tak boleh blah lah kan, jadik cikgu memang utk budak sekolah lah wei!! :DD
aku rasa aku kenyang ketawa je semalam.

dah habis makan, muncul konflik lak nak pergi lepak mana.
Jannah nak karok, ada yang nak main bowling, ada yang nak lepak tanjung je.
as for me, aku nak p karok kot. aku tak pernah try pun, and kalau pergi dgn dowang mesti best tapi last2 pergi tanjung baliklah sebab kesuntukan masa.
masing-masing ada curfew, sebelum maghrib.

masa nak tentukan keputusan tu, siap dah macam nak gaduh je aku tgk. Jannah lak cakap camni,

haa gaduh dulu, dah habis gaduh nanti bagitaw nak pergi mana. 

HAHAHA. sama je macam sekolah rendah dulu. tak berubah. hak3
dah kenyang, mulalah sesi posing-memosing kan depan Pizza tu. 

pengumuman: aku kalau ketawa memang tak red alert pun dgn kamera. sebab tu banyak sangat muka-muka bahagia. :D

dan saya sangatlah terharu bila shaz yang puasa turut temankan kitorang makan. :')
thanx shaz :)

kembali ke tanjung untuk final round chit-chatting kan.
pun bising jugak. lagi sekali menunggu Jannah sbb dia p solat dulu.
kitorang mulalah start sesi imbas kembali kenangan masa kecik2 dulu.
pasal Cikgu Salleh tarik rambut kitorang, pasal Cikgu Tijah, and pasal cikgu Fauziah pastinya, kes buku terbang-melayang, masa kena inject (kes aku je tu sebenarnya, ngeh3), pasal Sopi suka main patung2 dgn kertas [yasmin, puteri ialah partner in crime sopi]. haha. mcm2. bila cerita, semua memang gelak habislah! sampai kebas pipi aku. macam pakai botox je gamaknya!

kalaulah semua tu aku rakam kan? tapi takde sony handycam, so aku rakam dalam kepala pun cukup kott. :)
bila Jannah and the geng sampai lagi riuh aihhh! memang tak pedulik dah org kiri kanan yang tgh memancing tu, uncle auntie kat depan yang asyik tgk kitorang je, lantakkan!
lepas hampir 7 tahun tak jumpa, biarkan je ok kitorang bising!
sumpah aku rindu dgn dowang sume.


makkkk! taknak balik!! sob TT.TT
masa nak balik sedih sayu jugaklah hati sanubariku ni kan. [cehh, sadis jek ayat]
pape pun, konklusi lagi sekali,
walaupun cuma 14 orang yang datang, tapi kalau masa yang ada tu kita manfaatkan betul2 memang tak rugi jumpa.
harap2 next time bila ade reunion lagi, semua dapatlah join especially yang dah lama sangat tak jumpa tu.
special thanx to: Jannah, Zainab, Yasmin, Majidah, Atiqa, Kema, Atikah, Shu, Aini, Miza, Sopi, Yuhanis, and Shaz sbb datang.

ok2, to be frank, actually aku tak excited sgt pun nak jumpa dowang semua ni, sebab ingatkan masing-masing dah ada hidup sendiri kan? maybe a cold situation might happened. tapi, sudahnya aku pulak yang sedih and tak sabar-sabar nak jumpa korang lagi! 

trimas ok korang! 143! aishiteru! saranghae~ :)

p/s: Hannan bagi cadangan next time kita jumpa buat tema warna nak? baru meletup sikit tangkap gambar semua kan? :) cadangan aku pulak, kita jumpa dari pagi, sampai petang. bru best! nak karok, nak bowling, semua sempat!

sila bezakan gambar ini dgn gambar2 di atas. :DD

No comments: