tahukah anda, semenjak dua menjak ni aku asyik terkenang dekat geng-geng PLKN aku. semua kenangan kat sana, seriously sangat berharga and I wish I can go again.
tapi aku pelik jugak, dah 3 tahun tapi lagak aku ni macam baru seminggu tinggalkan PLKN tu, rindu yang teramat dengan budak-budak ni especially Charlie and P8.
aku fikir punya fikir punya fikir, dan sedikit pendapat dari Ekin, aku dapat tahu kenapa aku macam ni. kenapa aku tak nak lepaskan zaman PLKN aku.
1. sebab aku takde proper closure masa last day kat kem. last day, hari kitorang tamat latihan, masa tu bulan puasa. so aku kemas-kemas barang gitu-gitu jela, masa tu of course lah happy nak mampus sebab dapat tamatkan kesengsaraan bangun pukul 4-5 pagi hari-hari, pukul 6.30 pagi dah start roll call, waktu makan, mandi semua terbatas. masa sekejap sangat walaupun semua manusia kat muka bumi ni dapat 24 jam sehari. berbalik pada last day tadi, so pagi tu aku sorong beg aku pergi padang kawad, sebelum balik tangkap gambar dengan kawn-kawan, peluk-peluk, bagi no telefon dan sebagainya. aku tak banyak cakap sebab jauh kat sudut hati aku, aku tak nak balik. aku sedih sangat. masa naik bas, aku pandang je Kem Teluk Sari tu sampai hilang dari pandangan mata aku. on the way balik, perjalanan dari Mersing ke Muar lama gila woi, apa aku buat? aku tidur. dari naik sampailah dekat pick up point kitorang (Stadium Muar) baru aku bangun. kitorang berbaris untuk kali terakhir, dengar amanat dari pegawai tu then bersurai. I don't have any proper closure to confirm my heart that PLKN had ends.
2. PLKN merupakan escapism aku dari dunia luar. dari realiti kehidupan aku yang sebenar. realiti family aku. yelah aku kan kumpulan 3, nak pergi universiti belum ada rezeki, so sementara tunggu kumpulan 1 dengan 2 tamat latihan, dah tentulah aku duduk kat rumah melayan drama swasta tak berbayar tu kan. bila aku dapat pergi PLKN, aku happy sebenarnya walaupun banyak orang cakap kumpulan 3 ni kumpulan budak jahat. well, aku tak jahat pun kan? hehe. korang boleh bayangkan tak, masa pagi aku nak melapor diri untuk pergi ke kem tu, mak ayah aku bergaduh depan aku, lagi. duduk 1 rumah tapi pergi asing-asing. mak aku hantar naik kereta, ayah aku naik motor. sedih gila aku pagi tu, tapi aku fikir takpe aku dah nak keluar dari dunia drama ni. 3 bulan aku kat sana, hidup aku aman sangat sebab takde gangguan yang buat aku sedih. dapat handphone pun hujung minggu je, itu pun kalau cikgu tak tahan privilege kitorang tu. kalau tak, takdelah handphone. jujurnya aku tak kisah pun handphone ada ke tak, aku tak payah call siapa-siapa. bila tiba-tiba 3 bulan lepas tu aku kena balik sebab tamat latihan, aku sedih. sedih sebab nak tinggalkan kawan-kawan, sedih sebab kena balik ke dunia asal aku yang menyakitkan jiwa.
aku ingat benda ni takkan effect hidup aku, but guess what, it affects me the most. lagi aku nak lari, lagi dekat dia datang. kemuncak kesabaran aku adalah pada saat ni bila they argued frequently, with me being the stupid middleman. I hate it. seriously. macam aku ni takde life. apasal hah aku tak boleh hidup macam budak-budak umur 21 tahun yang lain? happy dengan family, go out socialize with friends.
at this moments, typing this entry make me cried. bila bukak album tengok gambar-gambar PLKN, nangis jugak. semalam Dila call, dia bukak cerita sikit je pasal PLKN, aku nangis jugak. aku nak pergi balik ke 3 tahun lepas. aku melapor dalam bulan 6. means a month from now. is it wrong to hope that time will bring me back my PLKN time?
ada tak orang nak cipta mesin masa? I can't deal with this stuff anymore. nak jumpa therapist duit takde. :(
No comments:
Post a Comment